Geng Dapur Masak Lagi

Salam,

Sabtu lepas 7hb berlangsung perkhawinan anak lelaki, saudara Nordin dari jamaatu’ Solehin Melaka. Seperti biasa geng-geng masak termasuk dari Singapura dan kuala Lumpur datang dan membantu pada majlis perkhawinan tersebut. Menu utama. masakan Beryani Gam kambing tetap menjadi trademark dari kami di Solok Saga.

20150207_115855_resized 20150207_091027_resized 20150207_091034_resized 20150207_093419_resized

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar pada majlis tersebut.

Advertisements

Sahabat di Penang dan Kedah

 

 

 Sabtu lepas latihan bersama-sama sahabat sahabat dari Penang dan Kedah yang selama ini banyak menyokong perjuangan Akademi dan saya. Kami berbincang mengenai halatuju Persatuan Pukulan Belitung yang baru sahaja mendapat kelulusan dan silibus Belitung. 

Terimakasih kepada Pak Sheikh, Hady, Nazir, Yusri dan Amyn.

20140907_015752 20140907_002951 20140907_002937 20140907_003036

Kelas Bermula Selepas Syawal

8 Aug 14,

Salam,

Semalam bermula kelas selepas lebih sebulan rehat sempena bulan ramadan dan sambutan aidilfitri awal bulan august ini.

Lebih 15 ahli hadir bersama dalam latihan dengan 4 orang ahli baru yang datang untuk berkenalan dan dapatkan info mengenai pukulan ini.

20140809_003410 20140809_003413

 

 

 

My Gong Fu Sifu

sifu ibrahim 2

Sempena Majlis Amal Malaysia China Indonesia Muslim Cultural event di Palace of the Golden Horses Hotel baru-baru ini, saya di ajak oleh Sifu Ibrahim untuk hadir sama dalam majlis tersebut dan juga untuk diperkenalkan kepada guru-guru beliau yang datang dari China yang hadir sama membuat pertunjukkan pada malam tersebut.

sifu ibrahim

 

Mereka ini adalah dari keturunan Hui Muslim dan mengamalkan Hui Muslim Gong Fu. Dari kanan – Grandmaster Weng dari Shanghai (baju putih) dan Grandmaster Xi dari Ningxia (duduk).

Jejak Kasih Sejarah Melaka dan Pagar Ruyung

tepi laut

Minggu ini perjalanan kami ialah ke tapak lokasi asal kota lama Melaka dan jejak kasih berjumpa keturunan keluarga guru Prabu Pamungkas iaitu dari Istana Pagar Ruyung, Indonesia. ( tempat dan nama dirahsiakan ).

Kami berasa sangat bersyukur atas kunjungan yang tidak dijangka ini memandang tujuan hanyalah untuk mengembangkan Majlis Wirid Khaujakan di daerah ini. Rupa-rupanya ada sejarah dan informasi yang sangat berharga yang hendak dikongsikan oleh Guru Pamungkas kepada kami semua.

pokok mangga

Tuan rumah, saudara Madik telah berkongsi dengan kami sedikit sejarah asal Melaka, Pagar Ruyung, salahsilah keluarga dan alat-alat kebesaran yang ada dalam simpanan beliau. Kunjungan ini juga secara tidak langsung menyokong dan menguatkan lagi pengunaan tenggolok dan warna-warna bengkong yang akan diguna-pakai dalam Seni Pukulan Belitung. Warna-warna tersebut ; hitam, merah, hijau , kuning dan putih adalah sebahagian daripada bendera kerajaan lama yang di tunjukkan oleh saudara Madik kepada kami.

bendera

Kami juga diperkenalkan dengan cerita arwah guru silat dan agama beliau yang terkenal di negeri Melaka, Pahang dan Johor ketika itu iaitu Guru Mat.

InsyaAllah kunjungan ini akan diteruskan lagi memandang kami akan mengadakan Majlis Wirid Khaujakan ( 17 May ) di sini tidak lama lagi. Rakan-rakan di alu-alukan turun bersama-sama kami.

Pelancaran Gendang Silat SolokSaga

gendang

Kumpulan Gendang Silat SolokSaga telah dilancarkan baru-baru ini atas tunjuk ajar Cikgu Taufit Shariff. InsyaAllah kita akan tambahkan lagi alat2 muzik baru dan berusaha mengeembangkan satu lagi aktiviti di SolokSaga. Alat2 gendang ini disimpan dengan baik oleh Saudara Nordin di Melaka sejak beberapa tahun lepas. Alat2 ini pernah digunakan dan diajar kepada jemaah Jamaatus Solehin oleh Kiai Haji Kamarudin Ismail dalam aktiviti Dibai dan pencak silat beliau dahulu. Suatu permulaan yang baik untuk ahli2 soloksaga. Terimakasih juga kepada Haji Prabu Pamungkas atas sokongan dan restu.