History

MY styles of martial arts…….

PUKULAN BELITONG 

– Guru Utama Pukulan Belitong ( Haji Perabu Pamungkas ) ini berasal dari Johol, Negeri Sembilan dan menetap di Johor Baharu . Mengikut salasilah silat ini, beliau belajar terus  dengan Kiai Haji Anuar di Sungei Rengit, Pengerang, Johor hampir 40 tahun. Perabu Pamungkas ini diperkenalkan sendiri kepada Kiai Haji Anuar oleh salah seorang guru dan bapa angkat beliau di Singapura iaitu Wak Ardi ( Alahyarham ) yang juga pengamal Silat Belitong ini. Perkenalan tersebut membolehkan beliau berguru terus dengan Kiai Haji Anuar b. Asair di Pengerang, sehinggalah beliau ditauliahkan untuk membuka gelanggang dan mengembangkannya.

Nama Belitong ini diambil sempena tempat kelahiran Kiai Anuar di Pulau Bangka Belitong, Indonesia, sebelum Kiai haji Anuar berhijrah ke Johor. Beliau meninggal ketika berumur 105 tahun. Kiai Haji Anuar pula belajar dengan bapa saudara beliau yang juga dari Pulau Bangka Belitong, Indonesia iaitu Kiai Moh. Mengikut cerita Kiai Haji Anuar, Kiai Moh ini terlibat  dalam peperangan dengan tentera Belanda sewaktu era penjajahan Belanda di Indonesia.Kiai Haji Anuar ini pernah diberikan gelaran Panglima Darat oleh Sultan Johor iaitu Sultan Ibrahim ketika itu.

Perabu Pamungkas juga menghabiskan masa selama 17 tahun merantau ke Indonesia ( berulang dari Johor ke Indonesia ) untuk urusan kerja dan memantapkan ilmu beliau. Mengikut kata beliau lagi, hampir keseluruhan provinci-provinci di Indonesia telah beliau lawati.

ET TAN PING QIGONG WUSHU

Sifu Ibrahim Ren Quan-de is the seventh succsessor of the Tangping Gongfu sytle.

In the history of China Hui Muslim Gongfu, the Tangping Gongfu is mixed by two cultures which are China Hui-Islamic culture and Chinese traditional culture. Since the advent of Islam in China 1300 years ago, China Muslim follow the teaching of Islam and Fiqh became their guidance of daily norms of behaviour.The Tangping Seven Gongfu defined from the wudu bottle which Hui Muslim always use for Wudu’ (ablution / wuduk ).

Hui Muslim always consider the Tangping Seven Gongfu as the protective weapon of Islam. The representatives of the Tangping Seven Gongfu in the Qing Dynasty (1644-1910 ) were Mu Qi-tai and Yuan Feng-yi, Mu Qi-tai (2nd generation successor ) developed the Tangping Gongfu to the height that he challenged the Shao Lin temple three times and was later called as “the Iron Arhat”. Since then, the Tangping Seven Gongfu became well-known and learnt and practiced by the outside world.

The Gongfu consist of two parts, one is called the “Hard Tangping Gongfu” and the other is called th “Soft Tangping Gongfu”. the Hard Tangping Gongfu is also called the Tangping Seven Boxing. the “Soft Tangping Gongfu” is called Qigong.

LIAN PADUKAN

Lian Padukan adalah sejenis seni beladiri yang berasal dari Yunan, China. Maka, ianya bukanlah seratus peratus silat Melayu. Ia dibawa ke Singapura oleh seorang pedagang Arab dari Yunan bernama Syed Abdul Rahman Yunani pada kurun ke-18. Beliau berketurunan Saidina Semaun Al-Radzi, pengasas sebenar aliran Buah Pukul yang kini masyhur di selatan Semenanjung Malaysia. Dalam sejarah, tercatat satu insiden di pelabuhan Singapura di mana Syed Abdul Rahman bertempur dengan 8 orang penarik lanca akibat perselisihan faham. Akhirnya, Syed Abdul Rahman dengan mudahnya mengalahkan mereka.

Berita itu sampai ke pengetahuan istana Johor ketika itu, lalu  pengawal peribadi baginda Datuk Awang bin Ali (Awang Daik) menyiasat kehebatan Syed Abdul Rahman. Menurut firasat Awang Daik pula, beliau tidak mampu menewaskan Syed Abdul Rahman berseorangan, lalu beliau meminta sahabatnya, Pak Long Muhammad Yasin Yunus yang merupakan Ketua Polis Muar ketika itu untuk bersama-sama menguji kehebatan Syed Abdul Rahman.

Ketika kedua-duanya bertemu dengan pedagang Arab itu, dan setelah berkali-kali diumpan menunjukkan kebolehannya, akhirnya Syed Abdul Rahman terpaksa bertempur dengan mereka dan kedua-duanya Awang Daik dan Pak Long tewas di tangan Syed Abdul Rahman. Untuk menebus kekalahan mereka,  kedua-dua pendekar Johor itu berguru dengan Syed Abdul Rahman Yunani.

Ketika itu, Stamford Raffles tidak membenarkan apa jua seni beladiri dipelajari di Singapura, maka Syed Abdul Rahman dijemput mengajar di Mersing, Johor, di mana Awang Daik merupakan Pesuruhjaya Tinggi daerah itu.

Mulai saat itulah, kaedah beladiri itu dikenali sebagai Buah Pukul Mersing, di mana banyak dari golongan kerabat diraja, bangsawan dan pendekar yang turut sama menuntut. Antara orang yang mempelajari seni ini adalah Isa Sulaiman dan Yaakob Tera dan dikembangkan lagi kepada Pak Teh Muhammad Yasin bin Kubong, seorang anak watan Mersing.

Kemudian, seni ini diperturunkan kepada Abdul Rahman bin Awang Chik (Cu Aman) yang mewariskannya kepada Mohamed bin Chik @ Pak Mat Kedidi.

Wirid Khaujakan 

Di ijazahkan oleh Kiai Haji Kamarudin Al Banten seterusnya terus dari Kiai Haji Fadhil Abu Bakar Al-Banten. Maka ulama berasal dari Banten yang menaburkan baktinya di Johor dapat diperkenalkan. Kiai Fadhil lahir di Banten, Jawa Barat sekitar tahun 1287 Hijrah/1870 Masihi dan meninggal dunia di Bakri, Muar, Johor pada 29 Jamadilawal 1369 Hijrah/18 Mac 1950 Masihi, dikebumikan di Batu 28 Langa, Muar. Banten memang ramai melahirkan ulama yang terkenal, antara yang terkenal di seluruh dunia Islam ialah Syeikh Nawawi al-Bantani yang diakui oleh dunia Islam dengan gelar Imam Nawawi ats-Tsani (Imam Nawawi yang ke-2).

Semasa peperangan dunia kedua (1939-1940) Tanah Melayu diserang oleh tentera Jepun. Keadaan seluruh negara huru hara dan tidak selamat. Sultan Johor ketika itu DYMM Sultan Ibrahim ibnu Sultan Abu Bakar, menitahkan Kiayi Haji Fadhil Banten tinggal di istana dan beribadah dan berdoa pada Allah (SWT) memohon keselamatan dan perlindungan Baginda Sultan serta keluarganya dan seluruh rakyat negeri Johor. Ketika itu keadaan yang huru hara akhirnya menjadi selamat dan tenang Dengan peristiwa ini wirid khaujakan tersebar luas dan diamalkan di seluruh pelusuk negeri Johor

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s