Grading Seni Pukulan Lian

jurulatih baru lianIMG-20150912-WA0009gambar full grading

Alhamdulillah

Tamat sudah grading untuk ahli-ahli yang telah tamat mengikuti silibus Seni Pukulan Lian di Akademi Solok Saga, Gombak. Grading di adakan pada 6 Dec 2015. Peserta-peserta terdiri dari pelajar-pelajar Tahfiz Muhammadiah dari Rawang dan ahli-ahli dari Gelanggang Gombak sendiri. Akademi Solok Saga ini mengajar 2 jenis pukulan dalam silibus kami iaitu Seni pukulan Lian dan Seni Pukulan Belitung.

Terimakasih saya ucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan saya yang hadir pada majlis iini dan juga kepada semua AJK-AJK Akademi Solok Saga yang sama-sama membantu dalam menjayakan majlis ini. InsyaAllah, majlis seumpama ini akan diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang.

Seterusnya mereka-mereka yang sudah tamat Seni Pukulan Lian ini akan di tawarkan dengan peringkat yang seterusnya iaitu mempelajari Seni Pukulan Belitung. Peringkat ini hanya di berikan kepada yang sudah tamat Peringkat Lian. Ini disebabkan sayangnya saya dengan Silat Melayu lama ini yang di turunkan sendiri oleh Haji prabu Pamungkas kepada saya beberapa tahun yang lepas.

Seni Silat Pukulan Belitung ini amat istimewa kepada saya kerana setelah hampir berpuluh tahun seni ini tidak diajarkan kepada sesiapa akhirnya Haji Prabu menurunkan seni silat ini kepada saya untuk di ajarkan dan dikembang di Akademi Solok Saga.

Haji Perabu Pamungkas adalah pewaris kepada Kiai Haji Anuar ( lihat sejarah Belitung dalam tajuk lain ) yang berasal dari Sungai Rengit, Pengerang, Johor. Seni pukulan ini di pelajari oleh Kiai Anuar sendiri dari bapa saudaranya dari Pulau Bangka Belitung, Indonesia.

Seni Pukulan Belitung ini sendiri amat unik, mempunyai gaya dan lenggok nya yang tersendiri. Dengan sebab itu seni ini diajarkan selepas mereka tamat peringkat pertama iaitu Pukulan Lian. Peringkat kedua dan akhir ini, Haji Prabu sendiri yang akan mengkhatamakan ahli-ahli ini.

Harus di ingat dan difahami, Seni Pukulan Lian dan Seni Pukulan Belitung adalah berlainan sama sekali dan tiada kaitan anata satu sama lain. Hanya atas sayangnya saya pada ilmu belitung ini yang saya hanya ajar pada ahli-ahli  yang saya sayang juga, InsyaAllah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s