My Gong Fu Sifu

sifu ibrahim 2

Sempena Majlis Amal Malaysia China Indonesia Muslim Cultural event di Palace of the Golden Horses Hotel baru-baru ini, saya di ajak oleh Sifu Ibrahim untuk hadir sama dalam majlis tersebut dan juga untuk diperkenalkan kepada guru-guru beliau yang datang dari China yang hadir sama membuat pertunjukkan pada malam tersebut.

sifu ibrahim

 

Mereka ini adalah dari keturunan Hui Muslim dan mengamalkan Hui Muslim Gong Fu. Dari kanan – Grandmaster Weng dari Shanghai (baju putih) dan Grandmaster Xi dari Ningxia (duduk).

Advertisements

Jejak Kasih Sejarah Melaka dan Pagar Ruyung

tepi laut

Minggu ini perjalanan kami ialah ke tapak lokasi asal kota lama Melaka dan jejak kasih berjumpa keturunan keluarga guru Prabu Pamungkas iaitu dari Istana Pagar Ruyung, Indonesia. ( tempat dan nama dirahsiakan ).

Kami berasa sangat bersyukur atas kunjungan yang tidak dijangka ini memandang tujuan hanyalah untuk mengembangkan Majlis Wirid Khaujakan di daerah ini. Rupa-rupanya ada sejarah dan informasi yang sangat berharga yang hendak dikongsikan oleh Guru Pamungkas kepada kami semua.

pokok mangga

Tuan rumah, saudara Madik telah berkongsi dengan kami sedikit sejarah asal Melaka, Pagar Ruyung, salahsilah keluarga dan alat-alat kebesaran yang ada dalam simpanan beliau. Kunjungan ini juga secara tidak langsung menyokong dan menguatkan lagi pengunaan tenggolok dan warna-warna bengkong yang akan diguna-pakai dalam Seni Pukulan Belitung. Warna-warna tersebut ; hitam, merah, hijau , kuning dan putih adalah sebahagian daripada bendera kerajaan lama yang di tunjukkan oleh saudara Madik kepada kami.

bendera

Kami juga diperkenalkan dengan cerita arwah guru silat dan agama beliau yang terkenal di negeri Melaka, Pahang dan Johor ketika itu iaitu Guru Mat.

InsyaAllah kunjungan ini akan diteruskan lagi memandang kami akan mengadakan Majlis Wirid Khaujakan ( 17 May ) di sini tidak lama lagi. Rakan-rakan di alu-alukan turun bersama-sama kami.