Pelancaran Gendang Silat SolokSaga

gendang

Kumpulan Gendang Silat SolokSaga telah dilancarkan baru-baru ini atas tunjuk ajar Cikgu Taufit Shariff. InsyaAllah kita akan tambahkan lagi alat2 muzik baru dan berusaha mengeembangkan satu lagi aktiviti di SolokSaga. Alat2 gendang ini disimpan dengan baik oleh Saudara Nordin di Melaka sejak beberapa tahun lepas. Alat2 ini pernah digunakan dan diajar kepada jemaah Jamaatus Solehin oleh Kiai Haji Kamarudin Ismail dalam aktiviti Dibai dan pencak silat beliau dahulu. Suatu permulaan yang baik untuk ahli2 soloksaga. Terimakasih juga kepada Haji Prabu Pamungkas atas sokongan dan restu.

Advertisements

Sambutan Majlis Maulidurrasul – Maulid Ad- Dibai 2014

Assalamualaikum,

Selesai sudah Majlis sambutan Maulidurrasul – Ad-Dibai yang baru diadakan pada 4 dan 5 hb April 2014 di Dewan Sri Umbai, Melaka. Majlis ini diadakan setiap tahun di Umbai, Melaka ini sejak tahun 1972 oleh Kiai Haji Kamarudin Hj Ismail Al-Banten. Sejak 3 tahun lepas, amanah menganjurkan Majlis Maulid Ad-Dibai ini di teruskan oleh Haji Prabu Pamungkas Al-Banten.

Image

Tahun ini juga menyaksikan buat pertama kali, sambutan diadakan di Dewan Sri Umbai kerana pertambahan kehadiran para-para jemputan yang dimuliakan – anak-anak yatim dan ahli-ahli Maahad Tahfiz sekitar Melaka. Pada malam sebelum sambutan, Jemaah telah sama2 bawa Wirid Khaujakan dan hidang dengan sup bone steak ala Singapore style.

Di anggarkan lebih 1000 orang anak2 yatim dan ahli2 tahfiz serta penduduk-penduduk sekitar Umbai dan jemaah-jemaah Jamatus Solehin yang datang dari Singapura, Kuala Lumpur dan Melaka sendiri. Gotong royong bermula hari Jumaat lepas asar sehingga lewat malam. 15 ekor kambing dan 6 periuk beryani Gam dimasak pada hari tersebut. Majlis rasmi dimulakan pada hari sabtu jam 9.30 pagi dan berakhir pada pukul 3 petang.

Tahun ini ahli-ahli akademi SolokSaga Kuala Lumpur dan Melaka memakai baju baru akademi. Terimakasih atas kehadiran ahli2 Kuala lumpur yang turut serta dalam Majlis maulud tahun ini, walaupun ada perubahan tarikh pada saat akhir. InsyaAllah tahun depan kita akan hadir dengan kehadiran yang lebih besar lagi.

Disini saya lampirkan foto-foto sekita Majlis. Posting selepas ini adalah Qausidah yang di bawa oleh kumpulan Jammatus Solehin.

ImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImage

Image