Bengkel Qi Gong bersama GM Ibrahim Ren Quan De

penuh

Selesai sudah Bengkel Senaman Asas Islamic Qi Gong yang dianjurkan oleh Akademi Solok Saga sejak penubuhannya setahun yang lalu. Ini adalah bengkel pertama yang kami anjurkan dan ia bersempena dengan rancangan ‘World Fighting For Lives- Giving Children a Chance in Life’ pada 9 dan 10 November 2013. Program Fighting  For Lives ini dianjurkan oleh brother Muslim saya dari Finland, Dr Parves Alam.

Sifu Ibrahim memulakan asas senaman , form pertama

Sifu Ibrahim memulakan asas senaman , form pertama

Untuk bengkel ini saya menjemput Grandmaster Ibrahim Ren Guan De dari China yang juga pewaris ke-7 Tangping Gongfu dan pengasas EE Thong QiGong Association of Malaysia. Disebabkan kesibukan dan mempunyai jadual perniagaan yang ketat maka agak lewat ( hanya seminggu ) untuk saya mendapatkannya menjayakan bengkel ini.  Hampir juga bengkel ini saya tangguhkan dan buat pada hari lain tetapi Alhamdulillah, di permudahkan. Masalah yang utama ialah komunikasi antara saya dengan beliau yang hanya boleh bertutur dalam bahasa mandarin. Rakan kelas saya dahulu yang berbangsa cina (dari Malaysia) kebetulan berada di luar negara dan ini menyukarkan lagi tugas saya.

Peserta Khaliq merasa Qi

Peserta Khaliq merasa Qi

tangan ari2 sifu belakangTujuan utama dalam bengkel ini yang paling utama ialah untuk mengumpul dana untuk diberikan kepada rumah anak Yatim di kawasan saya di Selangor ini. Program ini di buat setiap tahun sejak beberapa tahun lalu. Selain itu juga, saya memang bercita-cita dahulu untuk memertabatkan  sifu / guru saya in GM Ibrahim Ren Guan De yang juga seorang Muslim dari China kepada komuniti beladiri amnya dan rakan2 serta  ahli-ahli Akademi Solok Saga ini. Sebab saya sayangkan seni beladiri Wushu dan senaman  Qi Gong inilah yang membuat saya ingin kongsikan kepada semua.

Pada asalnya saya jangkakan tidak ramai yang akan menyertai bengkel ini tetapi dalam masa tak sampai seminggu di war-warkan, hampir 30 orang yang telah setuju untuk hadir dan ini mengakibatkan saya perlukan ruang yang lebih besar berbanding dengan studio saya. Alhamdulillah selang sehari sebelum bengkel ini saya dapat sebuah dewan kebajikan di Gombak Setia (PKGS) yang membenarkan saya menggunakan dewan ini dengan sewaan yang paling minimum. Cuma agak terkilan juga kepada mereka2 yang berjanji untuk hadir tetapi tidak muncul pada hari tersebut.

bendahari

Pada awalnya sesi bengkel ini agak kelamkabut sedikit disebabkan masalah komunikasi antara saya, Sifu dan penterjemah saya. Kelakar juga bila memikirkannya semula, dicakap lain, disampaikan lain dan penterjemah muda saya yang agak nervous, kelu lidahnya untuk menterjemah. Tapi semuanya  lancar selepas Sifu Ibrahim bangun dan melakukan penerangan secara body language  (cara senaman). Selepas itu penterjemah mula berkeyakinan dan majlis terus berjalan dengan jayanya.

Saya ingin mengucapkan terimakasih kepada penaung Akademi Solok Saga Haji Perabu Pamungkas atas sokongan beliau kepada majlis ini, setiausaha Akademi saudara Firdaus, serta AJK-AJK Akademi Solok Saga yang banyak membantu serta sahabat-sahabat, rakan-rakan yang datang daridekat dan jauh turut hadir dan menyokong bengkel ini.

Walaubagaimana pun, saya ingin mengucapkan tahniah dan terimakasih saya keatas seorang individu yang tanpa beliau, bengkel ini tidak dapat diadakan dan tidak dapat berjalan dengan jayanya. Individu tersebut ialah penterjemah bengkel ini yang juga ahli Akademi SolokSaga, yang cuma pelajar tingkatan 2, saudari Liyana Amira Bte Amran@Ekorsemut. Dengan kebolehan dan kemahiran bertutur dengan fasih dalam bahasa mandarin, beliau berjaya menjadi jambatan ilmu  dan komunikasi antara Sifu Ibrahim Ren, saya dan peserta-peserta. Sei Sei.

Penterjemah yang tunduk malu...

Penterjemah yang tunduk malu…

Senaman Qi Gong ini akan diteruskan setelah mendapat keizinan dan endorsement dari Sifu Ibrahim kepada Akademi Solok Saga. InsyaAllah.

Advertisements

Islamic Qi Gong with Grandmaster Ibrahim Ren

Akademi Solok Saga akan mengadakan bengkel Senaman Islamic Qi Gong bersama dengan Sifu Ibrahim Ren Quan De dari EE Thong Tang Ping dari negeri China.

Bengkel separuh hari ini akan diadakan pada hari Sabtu, 9 November 2013, jam 930 pagi di Akademi Solok Saga, Gombak. Asas-asas sejarah dan senaman Islamic Qi Gong akan di ajar pada hari tersebut. Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM50 sahaja dan semua kutipan akan didermakan kepada Rumah Anak yatim di sekitar Gombak.

Bengkel ini juga diadakan serentak dengan Program “World Fighting For Live” seluruh dunia anjuran Fighting For Live International. http://www.fightingforlives.com/                                ( Cikgu Hisham  016-7027449 )

Image

 

Image

Majlis Wirid Khaujakan – Johor Baharu

Salam,

Sabtu 2 November 2013

wirid jb3

Berlangsung suatu Majlis Wirid Khaujakan di Johor Bahru di rumah sahabat dan murid Haji Perabu Pamungkas di Stulang Laut, Johor Baharu. Setelah kumpulan Wirid Khaujakan di Gombak di tubuhkan, kini giliran Johor Baharu sebelum ke Pulau Pinang. Jemaah dari Akademi Soloksaga Kuala Lumpur seramai 8 orang, Melaka 12 orang dan Singapura 5 orang kesemuanya. Alhamdulillah Majlis berjalan dengan lancar dan selesai jam 5 petang. Kami dijamu dengan nasi ambeng oleh tuan rumah.

Disebabkan kesuntukkan masa, cadangan untuk ke makan Kiai haji Fadil Al-Banten di tangguhkan di lain waktu.

wirid jb 2 gambar jb

Sebelum pulang, sempat kami bergambar di tepi laut tambak Johor berlatarbelakangkan Singapura. Saya ucapkan terimakasih kepada Guru Haji Perabu Pamungkas atas kejayaan menganjurkan majlis ini dan meneruskan amanah yang diberikan kepada beliau untuk mengembangkan Wirid khaujakan ini. Saya juga mengucapkan terimakasih kepada tuan rumah dan jemaah-jemaah yang turut hadir pada majlis tersebut.

Terimakasih.