Majlis Wirid Khaujakan

Assalamualaikum Semua,

Alhamdulillah selesai sudah Majlis Wirid Khaujakan yg di langsungkan malam semalam 7 Sept 2013 bersamaan 1 Zulkaedah. Majlis ini di ketuai oleh penaung Solok Saga Akademi, Tuan Haji Perabu Pamungkas Al-Banten yang juga Guru Utama Seni Pukulan Belitong.

wirid khaujakan

Majlis bermula jam 9 malam ini dihadiri oleh jemaah-jemaah Jamatul Solehin dari Singapura dan Melaka bersama-sama dengan ahli-ahli / pesilat dari Akademi SolokSaga serta rakan-rakan rapat seperjuangan. Semalam merupakan hari yang bersejarah untuk kami di Akademi Soloksaga kerana Majlis Wirid Khaujakan ini diadakan untuk pertama kalinya secara berkumpulan di Kuala Lumpur. Hasrat untuk mengadakan kumpulan wirid Khaujakan di Kuala Lumpur ini adalah atas cadangan dan dorongan Guru Haji Perabu Pamungkas Al-Banten sebagai salah satu aktiviti kepada Akademi Soloksaga selain kita bersilat. Ia juga merupakan suatu usaha untuk mengeratkan tali silaturahim sesama ahli-ahli dan rakan-rakan.

Cadangan mengadakan Kumpulan Wirid Khaujakan ini saya sampaikan kepada ayah saya Haji Abdul Aziz Ahmad dan beliau memberitahu saya bahawa hasrat untuk membaca wirid ini secara kumpulan ini telah lama beliau cita-citakan dan inginkan tubuhkan. Selama ini lebih kepada beliau bersendirian sahaja. Alhamdulillah pada umur beliau 79tahun, malam semalam merupakan hadiah kecil dari saya kepada beliau. Saya nampak beliau menunggu-nunggu saat ini malam semalam dan dari riak wajah beliau menceritakan segalanya.

Ucapan  Guru semalam, beliau menerangkan bahawa wirid atau ratib ( khususnya Khaujakan dan lain-lain Ratib amnya) ini adalah suatu perkara yang baik untuk diamalkan. Ia merupakan jalan hanya untuk penyucian hati atau cara untuk membersihkan hati (zahir dan batin). Bertujuan untuk mendapat dan menjana keimanan kita kepada Allah s.w.t.  Beliau memberi contoh, kalau kotoran pada badan (luar) kita gunakan sabun untuk bersihkannya, maka Hati (dalaman) tiada lain cara untuk bersihkannya hanyalah dengan mengamalkan wirid atau ratib. Yang penting jangan tinggal solat dan buat dengan penuh keikhlasan hati.

Pesanan Guru lagi supaya kumpulan wird khaujakan ini diteruskan sekurang-kurangnya tiap-tiap minggu atau dua minggu atau sebulan sekali dan semalam adalah permulaan kepada niat yang baik. Harapan beliau supaya dapat menjemput lebih ramai lagi dan terus mengembangkan kumpulan ini. Wirid Khaujakan ini bukan untuk individu tertentu tapi untuk semua. Ia merupakan Hak Muhamad dan ia mestilah disampaikan.

Sebelum ini wirid atau ratib ini dimulakan oleh Alahyarham Kiai Haji Kamarudin ismail Al-Banten @Raden Sunarto di Singapura dan terus dikembangkan ke Umbai, Melaka sekitar tahun 1972. Nama jemaah, Jamaatul Solehin beliau tubuhkan pada 1995 di Umbai, Melaka. Beliau diijazahkan oleh Kiai Haji Fadil Al-Banten  ( Muar, Indonesia ) dan salasilahnya terus ke  Haji Abu Bakar Al-Banten – Imam Nawawi Al-Banten ( Mekah, Indonesia ).

Alhamdulillah kami di Akademi SolokSaga bersyukur dapat menyambungkan keseinambungan mengadakan dan mengamalkan Wirid Khaujakan oleh guru-guru yang terdahulu. Harapan saya supaya Majlis Wirid ini supaya terus berkembang dan Akademi Solok Saga terus maju.

Akhir kata, saya ucapkan ribuan terimakasih kepada Guru Haji Perabu Pamungkas Al-Banten atas kesudian merasmikan kumpulan Wirid Khaujakan di Kuala Lumpur ini disamping mengijazahkan wirid ini kepada hadirin yang hadir. Terimakasih saya juga kepada ayah dan ibu serta keluarga yang menyokong usaha saya selama ini.

Saya juga mengucapkan terimakasih dan sayang saya kepada jemaah dari Melaka dan Singapura atas kehadiran mereka pada majlis ini. Tidak dilupai ajk-ajk Solok Saga dan ahli-ahli serta rakan-rakan seperjuangan yang menyokong majlis wirid ini.

Advertisements