Maulud Dibai – Jamaatul Solehin

Salam,

Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Maulud Dibai yang diadakan oleh jemaah Jamaatul Solehin di Umbai, Melaka pada 7hb April 2013. Majlis yang diadakan tiap-tiap tahun ini menggabungkan jemaah-jemaah dari Singapura, Umbai Melaka, Kuala Lumpur  dan Pulau Pinang. Majlis Maulud ini pada asalnya adalah usaha yang dimulakan oleh Kiai Haji Kamarudin Al-Banten sejak dari 1972 dan diteruskan hingga ke hari ini oleh ahli-ahli jemaah beliau iaitu Jamaatul Solehin yang diketuai oleh Guru Haji Perabu Pamungkas.jemaah2

jemaah stage3jemaag stage

anak sampai 6Tahun ini agak bersejarah dan istimewa buat saya dan Guru kerana ahli-ahli baru dari Akademi Solok Saga, Kuala Lumpur turut serta dalam majlis Maulud ini dan secara rasminya logo Persatuan Seni Pukulan Belitung Malaysia di perkenalkan oleh Guru Perabu Pamungkas melalui T-shirt yang dipakai oleh sebahagian jemaah.

Artwork_Solok Saga (Front)

tepi laut

Terimakasih juga pada wakil Penang, Pak Sheikh yang datang memandu bersama keluarganya terus dari Penang. Terimakasih juga kepada wakil CB Combative System, Cikgu Norhizad dari Semabok, Melaka. InsyaAllah tahun depan kita akan berjumpa lagi dalam sambutan Maulud ini.

lauk4

Jemputan untuk majlis ini lebih 300 orang yang majoritinya adalah anak-anak Yatim dan kumpulan2 tahfiz anak-anak Yatim sekitar Melaka selain penduduk-penduduk sekitar Umbai. Majlis diadakan di laman rumah Haji Latif di Umbai.

anak sampai 5anak kerusi2

Menu yang disediakan tiap-tiap tahun seperti biasa, Beryani Gam kambing. Tahun ini 12 ekor kambing disediakan oleh Jamaatul Solehin termasuk sumbangan-sumbangan individu. Empat  periuk nasi 16 gantang untuk masak beryani gam dan satu lagi periuk untuk beryani kosong untuk tambahan.

anak sampai 7 ice anak sampai anaky2

Seperti lazim, ahli-ahli jemaah bertugas di bahagian dapur dari mula melapah kambing pada petang sabtu sampai ke esoknya Ahad pagi mula memasak nasi. Saya ucapkan terimakasih pada ahli-ahli KL dan Penang yang turut sama bergotong royog dan menjayakan majlis Maulud ini.

Saya ucapkan tahniah pada Guru Perabu Pamungkas atas kejayaan mengadakan Majlis Maulud Dibai ini dan sokongan tak berbelah bagi dari jemaah-jemaah Jamaatul Solehin dari Singapura dan Melaka.

Gambar-gambar tersebut dapat menggambarkan lagi suasana Maulud tersebut.

Advertisements