Grading Seni Pukulan Lian

jurulatih baru lianIMG-20150912-WA0009gambar full grading

Alhamdulillah

Tamat sudah grading untuk ahli-ahli yang telah tamat mengikuti silibus Seni Pukulan Lian di Akademi Solok Saga, Gombak. Grading di adakan pada 6 Dec 2015. Peserta-peserta terdiri dari pelajar-pelajar Tahfiz Muhammadiah dari Rawang dan ahli-ahli dari Gelanggang Gombak sendiri. Akademi Solok Saga ini mengajar 2 jenis pukulan dalam silibus kami iaitu Seni pukulan Lian dan Seni Pukulan Belitung.

Terimakasih saya ucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan saya yang hadir pada majlis iini dan juga kepada semua AJK-AJK Akademi Solok Saga yang sama-sama membantu dalam menjayakan majlis ini. InsyaAllah, majlis seumpama ini akan diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang.

Seterusnya mereka-mereka yang sudah tamat Seni Pukulan Lian ini akan di tawarkan dengan peringkat yang seterusnya iaitu mempelajari Seni Pukulan Belitung. Peringkat ini hanya di berikan kepada yang sudah tamat Peringkat Lian. Ini disebabkan sayangnya saya dengan Silat Melayu lama ini yang di turunkan sendiri oleh Haji prabu Pamungkas kepada saya beberapa tahun yang lepas.

Seni Silat Pukulan Belitung ini amat istimewa kepada saya kerana setelah hampir berpuluh tahun seni ini tidak diajarkan kepada sesiapa akhirnya Haji Prabu menurunkan seni silat ini kepada saya untuk di ajarkan dan dikembang di Akademi Solok Saga.

Haji Perabu Pamungkas adalah pewaris kepada Kiai Haji Anuar ( lihat sejarah Belitung dalam tajuk lain ) yang berasal dari Sungai Rengit, Pengerang, Johor. Seni pukulan ini di pelajari oleh Kiai Anuar sendiri dari bapa saudaranya dari Pulau Bangka Belitung, Indonesia.

Seni Pukulan Belitung ini sendiri amat unik, mempunyai gaya dan lenggok nya yang tersendiri. Dengan sebab itu seni ini diajarkan selepas mereka tamat peringkat pertama iaitu Pukulan Lian. Peringkat kedua dan akhir ini, Haji Prabu sendiri yang akan mengkhatamakan ahli-ahli ini.

Harus di ingat dan difahami, Seni Pukulan Lian dan Seni Pukulan Belitung adalah berlainan sama sekali dan tiada kaitan anata satu sama lain. Hanya atas sayangnya saya pada ilmu belitung ini yang saya hanya ajar pada ahli-ahli  yang saya sayang juga, InsyaAllah.

Solok Saga bersama Pelamin Fantasia

13 Jun 2015 mencatat sejarah untuk kami di Solok Saga Akademi. Ini kerana diberikan kepercayaan oleh Juara Pelamin Fantasia, Syawal yang juga ahli Solok Saga Akademi, untuk membuat persembahan Silat pada Majlis Perkhawinan beliau secara Live bersama Astro Ria.

IMG-20150614-WA0013

Ahli-ahli Solok Saga berlatih hampir setiap hari selama hampir 2 minggu untuk persembahan yang cuma mengambil masa 3 minit.

IMG-20150614-WA0010

Setelah tamat pérsembahan pada malam itu saya terasa amat bangga dengan mereka yang terlibat.

20150613_203239 Walaupun ini merupakan pendedahan yang pertama kali buat kebanyakn mereka ini tetapi semangat, komitment, kegigihan dan kesungguhan mereka ini sungguh membanggakan Akademi dan saya sendiri.

20150612_214701

Terimakasih juga kepada Pengasas Akademi, Hj Prabu Pamungkas yang senantiasa memberikan sokongan dan semangat kepada kami.

20150613_205428IMG-20150613-WA0073

Tidak lupa juga kepada ahli2 Akademi yang lain yang juga memberikan sokongan moral kepada rakan-rakan yang terlibat.

IMG-20150613-WA0063

Akhir kata, Kami di Solok Saga Akademi mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Syawal dan Fiqa. Semoga berkekalan hingga ke Jannah, InsyaAllah.

IMG-20150613-WA0079

Majlis Maulidur Rasul 2015

Alhamdulillah,

Selesai sudah majlis sambutam Maulidur Rasul di Umbai, Melaka anjuran Haji Prabu Pamungkas dan Jamaatus Solehin.

stage 2stage1anak yatim

Jemputan VVIP kami ialah anak-anak yatim dan pelajar-pelajar Tahfiz di Melaka ini seramai hampir 900 orang. Acara yang diadakan setiap tahun ini adalah dari amanat Kiai Haji Kamarudin Bin Haji Ismail Al-Banten. Sebanyak 13 ekor kambing telah di sumbangkan oleh penduduk dan ahli-ahli Jamaatus Solehin pada majlis sambutan kali ini.

Saya ucapkan terimakasih kepada ahli-ahli jemaah Solok Saga di Kuala Lumpur, Singapura dan Melaka yang hadir menjayakan Maulid Dibai ini bersama-sama.

InsyaAllah kita jumpa pada tahun hadapan.

potong1periukkumpul 1blender2 daus wan lap dulang iskandar wan brother saya potong ceria

Wajah Baru Akademi

IMG-20150221-WA0035

Setelah hampir 7 tahun mengajar di studio ini di Taman Gombak Jaya, kami berhasrat untuk menukar warna ruang dalaman Akademi kepada warna merah dan putih.

Kerja mengecat diadakan secara gotong royong bersama ahli2 lama dan baru pada hari Sabtu, 21hb Feb. Saya ucapkan terimakasih pada ahli-ahli yang hadir sama menjayakan kerja mengecat semalam.

IMG-20150221-WA0030IMG-20150221-WA0029IMG-20150221-WA003220150221_16484220150221_16493720150221_164733

Geng Dapur Masak Lagi

Salam,

Sabtu lepas 7hb berlangsung perkhawinan anak lelaki, saudara Nordin dari jamaatu’ Solehin Melaka. Seperti biasa geng-geng masak termasuk dari Singapura dan kuala Lumpur datang dan membantu pada majlis perkhawinan tersebut. Menu utama. masakan Beryani Gam kambing tetap menjadi trademark dari kami di Solok Saga.

20150207_115855_resized 20150207_091027_resized 20150207_091034_resized 20150207_093419_resized

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar pada majlis tersebut.

Sahabat di Penang dan Kedah

 

 

 Sabtu lepas latihan bersama-sama sahabat sahabat dari Penang dan Kedah yang selama ini banyak menyokong perjuangan Akademi dan saya. Kami berbincang mengenai halatuju Persatuan Pukulan Belitung yang baru sahaja mendapat kelulusan dan silibus Belitung. 

Terimakasih kepada Pak Sheikh, Hady, Nazir, Yusri dan Amyn.

20140907_015752 20140907_002951 20140907_002937 20140907_003036